awahi08.com

Liferay – Fungsi Data Migration

by on May.16, 2012, under Liferay

Data Migration

Data Migration Form

Liferay menyediakan beberapa sokongan database. Menariknya, dalam liferay 6.0 ke atas terdapat sokongan untuk convert database dari sesuatu jenis ke jenis yang lainnya. Pengalaman aku sendiri, aku telah menggunakan fungsi ini untuk dua jenis keadaan.

Yang pertamanya untuk convert HSQL (hypersonic) database ke mysql. Developer terlupa menukarkannya. HSQL merupakan default database untuk liferay dan ianya perlu ditukar. Seperti ayat yang ada pada web rasmi liferay

Liferay comes with a default database called HSQL or “hypersonic.” This is not meant for production use however! You need to switch to a real database to use Liferay. This page documents how to change the default database system.

Kedua, membetulkan case pada database table name. Anda boleh baca dan pahamkan mengenai lower_case_table_names dalam mysql dengan merujuk http://dev.mysql.com/doc/refman/5.0/en/identifier-case-sensitivity.html. Keadaan yang aku selalu jumpa, developer lupa setting lower_case_table_names dalam os windows mereka padahal kami ingin linux server menggunakan setting asal. Akibatnya bila deploy and run portal, liferay tidak menjumpai table seperti Account_ lalu generate table tersebut padahal wujud table account_.

Berikut contoh form yang telah diisi. Selepas klik button ‘execute’ dan data migration selesai, anda boleh point kan semula liferay anda ke jdbc url yang baru.

Data Migration Form

Data Migration Form yang telah diisi

:)

Leave a Comment more...

Al-Fatihah buat sahabatku

by on Mar.29, 2012, under Coretan

Kami berempat dalam bilik meeting tersebut. Aku bersandar keletihan dan melelapkan mata. Walau sebenarnya ada perbincangan sedang dijalankan. Aku tertidur dan tiba-tiba dikejutkan.

“Wahid. Bangun Wahid. Salman dah meninggal”

Aku memandang dengan agak lama.. Mamai dan berfikir. Benarkah apa yang aku dengar.

Rupanya masa itu berita diterima belum dapat dipastikan. Tanya rakan-rakan yang dah terima berita. Call dan tengok facebook juga.

Memang benar.. Dua rakan sekerja kami, Ahmad Salman Reza dan Mohd Nadrol Hanif lemas di Pulau Perhentian (http://duniaitu.blogspot.com/2012/03/dua-mati-lemas-pelancong-asing-hilang.html). Aku lebih terasa dengan kehilangan Salman kerana rapat dengannya dan mengenali sebelum kami bekerja lagi. Salman sahabat yang baik dan penceria suasana. Ramai yang bersedih dan terasa kehilangannya.

Aku call Ezri untuk memaklumkan berita ini. Aku tak dapat menahan sebak.. Ezri yang memperkenalkan aku dengan Salman. Jika kami keluar, kebanyakan masa Salman ada sekali.  Januari lepas, kali terakhir kami keluar bersama. Berhimpit dalam kereta Ezri. Aku, Ezri, Syazwan, Megat dan arwah Salman.

Petang tadi aku call dan berborak dengan Ezri namun Magrib aku dapati ada mesej dari dia. Sahabatku. Ya.. kita terkejut dan terkenang memori-memori lama. Sabarlah sahabatku. Allah lebih menyayangi dia.

Semoga roh Salman dan Anep ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman. Kita yang hidup perlu perbaiki amalan dan teruskan kehidupan. Al-Fatihah.

 

Leave a Comment more...

Delete semua mysql database dan copy semua database ke server baru

by on Feb.06, 2012, under Mysql

Sabtu lepas, aku terlibat memindahkan mysql database daripada satu server ke server yang lain. Kedua-duanya virtual (XEN). Entah apa sebabnya server sedia ada yang menggunakan ubuntu server 10.04 kadangkala hang. Inilah punca perpindahan tersebut dan aku telah meminta agar disediakan satu lagi virtual yang menggunakan Centos.

Secara logiknya pasti boleh pindahkan terus dari server ke server. Cuma aku sahaja tidak pernah lakukan. Takkan nak dump ke text file dulu. Dua kali ganda masa nanti. Aku nak guna command je sebab leh wat kat rumah lagipun bukannya boleh direct access ke server. Kena lompat-lompat.

Tugas pertama, nak delete dulu database dalam target server. Kawan aku dah terbuat backup restore sebelum ni. Data-data dalam tu ketinggalan dah. Sekarang la sesuai. Masa cuti. Tiada kawan-kawan akses portal. Tiada data baru.

Buat kali pertama kami jumpa dan guna cara dibawah

mysql -h <server> -u <user> -p<password>  -e “show databases” | grep -v Database | grep -v mysql| grep -v information_schema| grep -v test | grep -v OLD |gawk ‘{print “drop database ” $1 “;select sleep(0.1);”}’ | mysql -h <server> -u <user> -p<password>

Selesai delete database dalam target server. Sekarang nak copy dari server sebelummya pula

mysqldump -h <current server> -u <user> -p<password> –all-databases | ssh <user>@<target server> mysql -u <user> -p<password>

Perkara yang kurang best kat sini, dua kali aku buat dan aku dapati proses sangkut kat salah satu database. Nak selamat aku delete database tu balik dan sambung guna command seperti contoh di bawah pula. Terpaksa

list="db1
db2
db3
db4
db5
db6
db7
db8
db9"

for i in $list;do
mysqladmin -u <user> -p<password> create $i;
mysqldump -h <current server> -u <user> -p<password> $i | mysql -u <user> -p<password> $i;
done

Command yang ni jangan silap taip dalam mysql shell pula ye. Hehe.

Selepas tu aku tinggal set semula permission, tutup server lama dan tukar ip server baru agar sama dengan server yang lama. Selesai sudah tugas aku. Harap tiada la masalah lagi.

Banyak benda lagi untuk aku pelajari. :)

Leave a Comment more...

Reset katalaluan/password win 7

by on Nov.28, 2011, under Komputer/IT

Ini la dia netbook 1Malaysia sepupu aku yang berjaya dikerjakan semalam. Camne la budak kecik ni leh lupa password. Minum air semut kot. :D

Sebelum ni aku nak reset tapi tangguhkan dulu. Yela. Dapat-dapat je baru ingat “alamak, takde CD drive”. hehe. Tapi semalam, aku download tool sesuai dan letak je dalam pendrive. Setel masalah. :)

http://techrena.net/reset-windows-xp-vista-7-password-usb-pen-drive-cd/

 

 

 

 

 

Leave a Comment more...

Memudahkan capaian atau pemindahan fail tanpa kata laluan

by on Nov.25, 2011, under Komputer/IT, Linux

Jika kita sering akses ke server yang sama menggunakan ssh contohnya, amat leceh untuk memasukkan katalaluan dengan kerap. Katalaluan juga mungkin merupakan halangan jika ingin menggunakan skrip mengandungi command scp untuk transfer file ke atau dari server sambil kita pula turun sebentar minum teh o ais atau melakukan kerja-kerja lain. Oleh itu, jika mahu melakukan perkara tersebut tanpa memasukkan katalaluan, berikut merupakan langkahnya. :)

1. Run command berikut pada pc. Frasa laluan (passphrase) akan diminta. Klik sahaja ‘enter’ . Private key
dan public key akan dihasilkan dan lokasinya akan ditunjukkan (<your_home_dir>/.ssh/id_rsa.pub). (Peringatan : Tolong jangan kongsi private key dengan orang lain)

$ ssh-keygen -t rsa

2. Transfer id_rsa.pub ke server destinasi menggunakan ftp, scp, rsync atau apa sahaja cara

3. Pada server destinasi, login menggunakan user yang akan digunakan untuk akses daripada pc anda

4. Copy kandungan fail id_rsa.pub ke fail <your_home_dir>/.ssh/authorized_keys

Contoh :

$ cat id_rsa.pub >>~/.ssh/authorized_keys
$ chmod 700 ~/.ssh/authorized_keys

Selesai. Selamat mencuba. :)

Leave a Comment more...

35 people follow awahi08
sarzlikomprossrahibahcheckmataddlynnaMukhizamlavangeladie_alI_ciklalamiyumisaazaharjaaoki_Yskalidotizzatulsmosc2011RHMbizIntuitivSarahMahieya8694NoorfaizMrs_Expicikseraimuhdafizme2muhamfzafredd